Thursday, January 29, 2009

Update Terkini + Tips Pemakanan

Salam semua.

Pasti anda bertanya2 ke mana Ome ye ? Masih ada di sini  ... Ome ada tip menarik yang telah Ome gunakan sejak sebulan ini yang boleh kalian praktikkan.

Untuk hari biasa Isnin ke Jumaat, bila mahu minum, hanya minum air suam / masak / mineral sahaja. Elakkan dari meminumkan minuman yang lain seperti teh, kopi dan sekiannya. Bila tiba hari minggu, Sabtu dan Ahad, boleh minum seperti biasa, tetapi utamakan air suam / masak / mineral.

Cubalah and you'll notice the difference :-) RM jimat .. body pun sihat :-)

Wednesday, December 3, 2008

Tabiat Pemakanan

Satu perkara yang Ome alami setelah menggunakan Herbalife ialah pengawalan tabiat pemakanan. Maksudnya, kita dapat mengawal pemakanan kita dengan lebih efektif. Selalu Ome syorkan kepada pengguna Herbalife, supaya pada masa2 kita tidak dapat minum shake, cthnya, majlis dinner dan sekiannya, kita boleh makan tetapi kawal sedikit, kurangkan jumlahnya. Itulah yang Ome amalkan dan syukurlah, pada masa Ome tidak dapat minum shake, itulah yg Ome lakukan.

Wednesday, October 22, 2008

Pemakanan Baru

Salam mesra ...

Di samping menggunakan produk Herbalife, saya juga mengubah tabiat pemakanan saya secara berperingkat - peringkat. Yang terkini, saya mengamalkan teknik yg disyorkan oleh Tony Robbins dalam bukunya Unlimited Power.

Antara syor-syor beliau
- pengambilan sayur-sayuran hijau setiap kali waktu makan tengahari dan malam.
- nasi, roti dan makanan daging ( ayam, daging lembu, dll ) jgn dimakan bersama

Anyway, keputusannya saya akan umumkan nanti ...

--

118